Harimau berkeliaran di Dungun berjaya ditangkap
Seekor harimau jantan yang berkeliaran di Kampung Besul Lama, Bukit Besi semalam, akhirnya berjaya ditangkap dalam operasi yang dijalankan oleh PERHILITAN Terengganu. Harimau belang dihantar ke NRWC untuk rawatan segera.





